Diana Danielle muat naik gambar berpegang tangan, akhirnya terjawab individu misteri disebalik gambar tu

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle telah jadi perhatian waganet di Instagram. Diana dilihat memuat naik beberapa foto dirinya ketika berada di sebuah restoran beserta kapsyen pendek dengan POV (point of view) kononnya sedang ‘dating’. Dalam foto berkenaan, pelakon ‘Imaginur’ ini turut dilihat memegang tangan seorang individu sambil tersenyum. Ketika ditemui, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini, Diana akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi tersebut.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, menjelaskan tangan yang dipegangnya itu adalah rakan wanita yang hanya dikenali sebagai Yien. “Saya pegang tangan Yien, itu tangan dia (sambil menunjukkan rakannya itu yang duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki) semasa beredar dari mahkamah berikutan prosiding tuntutan hadanah yang terakhir.” Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa Diana sedang dilamun cinta dan tidak menghormati tempoh idah kerana memuat naik posting sebegitu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak penjagaan penuh dua anak, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, diberikan kepada Diana. Prosiding itu turut membenarkan Farid Kamil melawat anak-anak mengikut terma dipersetujui kedua-dua belah pihak. Kemelut rumah tangga Farid dan Diana berakhir dengan pisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Subang pada 10 Ogos lalu. Lafaz talak dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Farid selaku defendan dalam kes lafaz tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat akibat pasca Covid-19. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.