Tak boleh lahirkan ank sebab ada masalah genetik, kakak sanggup dermakan rahim pada adik dia

Kasih seorang kakak pada adik, sanggup mendermakan rahim supanya adik kandungnya yang tidak dapat melahirkan anak berpeluang hamil sama seperti wanita normal yang lain. Sekumpulan pakar operasi di Britain berjaya menjalankan prosedur pemindahan rahim pertama negara itu yang melibatkan seorang penderma hidup, lapor akhbar The Sun UK. Pesakit berusia 34 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu tidak dapat melahirkan anak kerana mengalami masalah genetik.

Kakaknya yang berusia 40 tahun dan mempunyai dua anak memutuskan untuk mendermakan rahimnya dalam prosedur yang baru diumumkan tersebut. Pakar perubatan daripada Kolej Diraja NHS Trust di London dan Hospital Universiti Oxford mengambil masa hampir sembilan jam setengah dalam operasi pada Februari lalu. Lebih 30 kakitangan kemudian bertukar syif memantau pesakit selama 24 jam. Prosedur itu berjaya dilakukan dan penerima rahim merancang untuk hamil menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) akhir tahun ini. “Ia adalah luar biasa. Ia mungkin minggu paling tertekan dalam kerjaya operasi saya tetapi hasilnya positif.

“Penderma dan penerima (rahim) gembira. Saya berpuas hati apabila penderma pulih sepenuhnya selepas operasi besar dan penerimanya dalam keadaan baik,” kata pakar bedah, Profesor Richard Smith. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.