Seorang wanita kongsi rakaman video memaparkan seekor cacing sedang bergerak dalam bungkusan ikan salmon

Seorang wanita berkongsikan rakaman video memaparkan seekor cacing sedang bergerak dalam bungkusan ikan salmon yang dijual di sebuah pasar raya, lapor akhbar Daily Star semalam. Pengguna berkenaan, Rachel Lyn berkata, dia pada awalnya mahu membeli ikan tersebut di pasar borong Costco di Amerika Syarikat (AS) sebelum memutuskan untuk tidak mengambilnya selepas melihat cacing itu.

Dalam klip video pendeknya, haiwan berwarna putih itu dilihat bergerak-gerak pada potongan daging salmo. Lyn, 34, dari Tasik Wylie di negeri Carolina Selatan bukan individu pertama yang menemui cacing dalam ikan salmon di Costco.

Beberapa kejadian serupa pernah diterbitkan dalam artikel berita dengan pengguna dilaporkan sering menemui cacing pada ikan di pasar borong tersebut. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.