Tak boleh berjauhan, Emma Maembong sanggup keluarkan kos sendiri untuk keluarga kalau ada penggambaran di luar kawasan

Mahu sentiasa bersama keluarga, pelakon Emma Membong mengakui dia sememangnya akan membawa suami dan dua orang anak-anak ketika menjalani penggambaran atau mempunyai kerja luar. Menurut Emma, dia juga sanggup mengeluarkan kos sendiri untuk keluarganya sekiranya mempunyai penggambaran di luar kawasan. “Kesibukan di set penggambaran menyebabkan masa saya bersama keluarga agak terbatas. Sebab itu, saya sentiasa mahu bersama keluarga dengan membawa mereka ketika menjalani penggambaran.

“Saya ‘angkut’ suami, dua anak dan pembantu untuk temani saya di lokasi penggambaran. Saya rasa gembira dan rasa lebih bersemangat untuk bekerja jika mereka bersama. “Bukan setakat penggambaran di Malaysia, malah, luar negara. Saya tetap mahu keluarga ikut bersama. Saya sangat bersyukur kerana syarikat produksi faham situasi saya itu. “Produksi juga tak pernah berkira atau tolak bila saya minta sediakan bilik besar jika penggambaran di luar daerah. Kalau tak ada bajet, saya sendiri keluarkan kos, asalkan suami dan anak-anak ada di depan mata,” katanya.

Emma ditemui ketika sidang media dan pratonton drama bersiri One Million Dollar Voice yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur pada baru-baru ini. Dalam pada itu, Emma memberitahu dia pernah mencuba untuk berjauhan dengan keluarga namun akhirnya situasi itu menyeksa dirinya sendiri. “Pernah terjadi ketika saya ada penggambaran di Kelantan. Suami dan anak-anak tinggal di rumah. Memang rasa lain dan rindu membuak-buak. Sudahnya, saya menangis kerana teringat mereka. “Saya terus hubungi suami dan minta dia bawa anak-anak dan pembantu ke Kelantan dengan segera untuk temani saya sampai selesai penggambaran,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan mempunyai dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 3 dan Shakil Aryan Shah yang lahir pada 10 Mei lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.