Hangat di media sosial pasal isu orang ketiga, ini pula luahan dari isteri Black Hanifah

HANGAT di media sosial berita seorang TikToker kahwin dua, isteri kepada penyanyi Black Hanifah iaitu Cira Khairy mengakui turut terkesan dan timbul kebimbangan apabila membaca kisah itu. Cira atau nama sebenarnya Naquia Yasirah Mohd Khairi, bagaimanapun berkata dia masih memberikan kepercayaan penuh kepada suaminya itu malah tidak menyekat untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa. “Bila lihat isu Abang Tesla ni memang la risau malah ada setengah orang kata tak perlu sebab Black ni tak kacak tapi ada juga yang taste dekat dia ya.

“Alhamdulilah buat masa ni memang tak ada yang ganggu suami saya cumanya kalau boleh elakkan perkara itu berlaku kepada keluarga kami. Selagi saya percaya dia semuanya baik-baik saja, lagipun saya benarkan dia lakukan apa saja sebab dia seorang yang family man sebab tu Alhamdulilah saya tak risau,” kata Cira. Sementara itu, Black berkata dia sama sekali tidak akan menduakan isterinya kerana wanita itu menjadi tulang belakang yang menyokongnya ketika susah dan senang.

“Penat lelah kita bersama sampai hari ini, saya kena fikir panjang kalau nak rosakkan hubungan ini. Takkan (crang)… Jangan sesekali korang (pengganggu) datang, akan aku tendang,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.