Sekali lagi Fasha Sandha kena kritik dengan warganet, kali ni muat naik video baju terbelah sampai peha pulak

Pelakon jelita, Fasha Sandha sekali lagi menjadi bualan hangat warganet di media sosial apabila ada yang mendakwa penampilannya semakin menjolok mata selepas berjaya menurunkan berat badan. Dakwaan tersebut tercetus selepas Fasha memuat naik satu video di Instagram miliknya. Menerusi video pendek tersebut, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan dilihat memakai dress berwarna hitam dan putih sambil ‘cat walk’ di jalan raya di Bukit Bintang. Tetapi apa yang membuatkan warganet kurang senang adalah pakaian yang dipakai pelakon berusia 39 tahun ini agak singkat dan terbelah sehingga menampakkan separuh kaki kirinya. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Fasha memakai ‘pantyhose’ berwarna kulit atau tidak. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Fasha agar menutup aurat dan menjaga maruah serta imejnya sebagai seorang wanita Islam. Meskipun mendapat pelbagai kritikan dan nasihat daripada warganet, tetapi setakat artikel ini ditulis, isteri kepada pelakon Aidil Aziz langsung tidak memberi sebarang respon terhadap komen yang diterima.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.