Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kes hadanah interim melibatkan anaknya bersama bekas suami, aktor Adam Shahz iaitu Ivy Herra Sophia telah selesai. Menerusi hantaran di Instagram Story, Fatin bagaimanapun berkata kes hadanah induk masih lagi berjalan dan dalam tempoh tersebut, Ivy masih lagi di bawah hak penjagaanya. “Alhamdulillah kes hadanah interim selesai. Kes induk hadanah masih lagi berjalan. Bersyukur kepada Allah. Ivy akan sentiasa dalam penjagaan saya sehingga kes induk ini selesai.
Dalam hantaran sama, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, turut memuat naik gambar swafoto dirinya yang dipercayai diambil di perkarangan kompleks mahkamah. Pada Mac lalu, Fatin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Adam Shahz tidak menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan kes hak penjagaan anak mereka. Mahkamah kemudian memberikan tempoh hak penjagaan anak sementara atau hadanah interim kepada pelakon filem Tentang Bulan itu. Sebelum ini, Fatin telah memfailkan bantahan terhadap Adam yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun berpisah empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7. Sumber: ohBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.