Terkejut bila Nafiez Zaidi dedah hubungan dengan Fify Azmi dah berakhir, rupanya ini punca

Pelakon Nafiez Zaidi mendedahkan hubungan cinta yang telah dijalin selama dua tahun bersama aktres Fify Azmi sudah berakhir sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Ketika ditemui, Nafiez berkata, dia dan Fify sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Disember tahun lalu, namun terpaksa menangguhkannya atas permintaan aktres tersebut. “Ya, saya dan Fify sudah tiada apa-apa hubungan sejak raya puasa lalu. Memang betul sebelum ini keluarga saya sudah merisik Fify dan kami dah ada tarikh untuk bernikah pun. Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem Malbatt di Turkiye, Fify ada hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.

Masa itu, saya ikutkan sahaja kemahuan dia, tapi sejak itu juga, hubungan kami semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.” Nafiez berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC, IOI Mall Putrajaya, pada Selasa. Dalam masa sama, Nafiez berkata dia juga sudah berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka, namun aktres itu tetap mahu berpisah. Malah, Nafiez menjelaskan, hubungan mereka berdua berakhir bukan berpunca daripada orang ketiga atau imej menjolok mata Fify.

“Bukan sebab orang ketiga atau penampilan seksi dia menjadi punca kami berpisah. Tapi mungkin bagi dia, tiada keserasian lagi. Saya ada juga usaha untuk pertahankan hubungan kami, tapi Fify yang berkeras untuk berpisah. Untuk kebaikan, kita pun berpisah la. Kami masih berkawan tapi sudah lama tak berhubung. Kalau boleh, nak profesional, boleh berkawan, lepak dan bekerjasama.” Hubungan cinta Nafiez dan Fify mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga aktor itu dikhabarkan sudah menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.