Terdahulu, gadis yang berusia 17 tahun berasal dari Indonesia telah mencetuskan fenomena apabila dia memperolehi Golden Buzzer dari Simon Cowell dalam America’s Got Talent pada Jun yang lalu.
Walaupun dia mempunyai kekurangan iaitu OKU hilang penglihatan, namun usahanya dalam bidang nyanyian dan muzik membuahkan hasil sehingga menjadi terkenal di peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, malah dia juga mendapat pujian dari peminatnya di Indonesia kerana telah mengharumkan nama negara tersebut dipersada dunia.
Baru-baru ini, seperti yang diketahui bahawa konsert David Foster and Friends telah mengadakan konsert jelajah mereka antaranya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan lain-lain. Di Malaysia, Penyanyi undangan yang menyanyi di konsert Dvid Foster and Friends tidak lain dan tidak bukan Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Manakala di Indonesia pula adalah Putri Ariani.
Lebih mengujakan adalah apabila Putri Ariani menyanyikan lagu duet Beauty and The Beast bersama penyanyi asal lagu tersebut iaitu Pablo Bryson. Dikongsikan oleh Putri Ariani di laman media sosial tiktok miliknya.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.