Nora Danish tampil sopan berhijab dan berjubah di Majlis Ilmu, Peminat Titip Doa

Penampilan pelakon jelita, Nora Danish ketika menghadiri sebuah majlis ilmu baru-baru ini telah menyentuh hati netizen di media sosial

Majlis ilmu itu dipercayai dianjurkan oleh rakan karibnya yang juga selebriti, Betty Rahmad yang juga adik kepada pengarah, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida. Menerusi hantaran di Instagram, Nora menzahirkan rasa penghargaan buat sahabatnya yang turut menghadiahkan jubah untuk dipakai pada majlis ilmu berkenaan. Malah Nora turut memohon ustazah yang hadir menyampaikan ilmu untuk tidak berhenti mendoakan dirinya.

Penampilan pelakon filem Polis Evo 3 yang sopan mengenakan jubah serta hijab itu dibanjiri dengan pujian peminat, malah ramai yang menitipkan doa agar Nora diberikan hidayah untuk menutup aurat kelak. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.