Banyak akaun fb yang guna nama Wafariena, tak boleh berdiam ini pula tindakan dari tuan badan

PELAKON Wafariena tampil membuat laporan polis susulan terdapat beberapa pihak menyalahgunakan nama dan fotonya di sosial media. Wafa atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia sebenarnya sudah lama menyedari kewujudan beberapa profil palsu itu namun melihat ia semakin berlarutan meskipun sudah beberapa kali membuat laporan di medium berkenaan. “Dah lama saya sabar… kalau kita tekan butang report pun tak jalan juga. Masih ada akaun baru atau mereka yang terus menggunakan nama saya.

“Disebabkan sudah keterlaluan, saya buat laporan polis untuk membersihkan nama selain ingin menegaskan saya hanya ada satu akaun peribadi dan kelab peminat di Facebook,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. Wafa memberitahu dia membuat laporan itu di Balai Polis Kundang, Selangor pada Jumaat lalu. Dalam laporan berkenaan, Wafa menyenaraikan sebanyak 13 akaun sosial media palsu telah diwujudkan sehingga memberi kesan terhadap dia.

Wafa juga memberitahu tindakan membuka akaun palsu dengan identiti orang lain itu juga adalah dalam kategori jnyh komersial. “Polis maklumkan akaun-akaun palsu ini boleh dikenakan tindakan jenayah komersial kerana mereka mengaut keuntungan menggunakan nama saya. “Selain itu ada mereka juga telah menimbulkan fitnah. Ada juga akaun yang membalas komen peminat kononnya itu adalah saya. “Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan,” ujarnya. Pada Jumaat lalu, nama Wafa menjadi bualan hangat selepas pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa marah apabila dia difitnah oleh individu yang tidak dikenali menggunakan akaun kelab peminat Wafariena Fans Club di Facebook.

Rozita atau Che Ta berang selepas status yang dibuat mendakwa rumah tangganya bersama suami, Zain Saidin dikatakan sedang goyah. Tambah Wafa dia juga berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan mana-mana akaun media sosial yang menggunakan nama artis atau selebriti bagi tujuan mempromosikan produk atau jualan. “Kalau ia betul kelab peminat saya, mestikan bercakap tentang perkembangan kerjaya. Tapi mereka ini bercakap benda yang bukan-bukan selain menjual produk. “Jadi kepada orang ramai jangan mudah terpedaya dengan cara sebegini,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.