Muat naik gambar terbaru, sekali penampilan terkini Hael Husaini buat ramai yang terpukau

Penyanyi dan komposer Hael Husaini sekali lagi memikat hati warganet dengan penampilannya yang memukau menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram baru-baru ini. Penyanyi berusia 35 tahun itu memuat naik beberapa keping foto dan video dirinya bersama rakan selebriti lain ketika menghadiri sebuah acara anugerah iaitu TikTok Awards Malaysia 2023 sebagai artis jemputan yang membawa lagu berjudul Haram. Namun begitu, salah sebuah swafoto Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi yang menampakkan potongan rambut gaya mullet serta garis rahang atau jawline yang tajam persis artis Korea telah membuat warganet terpegun.

Menjengah ke ruangan maklum balas, rata-rata pengikutnya memuji imej Hael terutamanya jawline dan rambut digayakan serta memintanya untuk mengekalkan potongan mullet yang dikatakan sesuai dengan imejnya. Sebelum ini, penampilan penyanyi lagu berjudul Jampi itu yang tampak berbeza pernah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan namun disangkal sendiri oleh tuan badan dengan memberitahu dirinya kini sudah ada ilmu berfesyen. Untuk info, TikTok Awards Malaysia 2023 anjuran kali pertama itu berlangsung pada 27 Ogos lalu sebagai tanda penghargaan kepada pempengaruh TikTok dan turut dimeriahkan dengan artis jemputan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, DOLLA dan ramai lagi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.