Shila dan Ubai bakal disatukan esok, sekali Ibu Shila Amzah punya kapsyen tu yang jadi perhatian warganet

Umum tahu, penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ bakal disatukan pada esok hari (Sabtu). Ibu kepada Shila iaitu Fauziah Sarman memuat naik hantaran memegang busana yang bakal digayakan pada hari bahagia anak sulungnya. Namun, apa yang jadi perhatian warganet adalah kapsyen yang ditulis. Fauziah atau lebih mesra disapa Mama Zie bergurau dengan menyatakan giliran dirinya pula berkahwin selepas Shila. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menyifatkan tak salah untuk Fauziah berangan selain mendoakan agar sentiasa bahagia.

Selain itu, mereka juga memuji kecantikan Fauziah yang kekal awet muda. Pada Ahad lalu, ibu kepada Ubai, Allahyarham Rohani Jamal, 52, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang di PPUM akibat knsr ovari dihidapinya sejak Disember tahun lalu. Sebelum ini, Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan. Terdahulu, Shila yang juga ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi berpisah tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.