Zara Zya membuat laporan polis berkaitan wajahnya digunakan pihak tidak bertanggungjawab 

Pelakon Zara Zya membuat dua laporan polis yang masing-masing berkaitan wajahnya digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk penipuan serta gangguan seksual oleh seorang individu tidak dikenali.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin berkongsi dua laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, semalam. Ujar pelakon berusia 38 tahun itu, laporan polis terbabit adalah bagi tujuan pengajaran selain ingin memberi keadilan ke atas dirinya yang telah menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam perkongsian yang dibuat itu, pelakon yang pernah membintangi drama Pia itu turut berkongsi tangkap layar iklan kerja yang diiklankan dalam Facebook menggunakan nama serta wajahnya.

Bagi laporan polis kedua pula, Zara mengambil tindakan kerana menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang individu yang mengganggunya sejak beberapa bulan lalu. Kata Zara, individu terbabit telah mengganggunya secara lisan dengan menghantar gambar-gambar tidak sopan (lucah) selain membuat panggilan telefon bertubi-tubi sehingga membuatkan emosinya terganggu.

Meninjau dalam ruangan komen, ramai pengikutnya bersetuju apabila Zara berani membuat laporan polis demi menjaga keselamatan terutama membabitkan individu yang mengganggunya. Tindakan patut diambil untuk individu sebegitu supaya tidak melakukannya terhadap orang lain,” kata seorang pengguna Instagram.

Tolong jaga diri. Takut si pelaku jadi lebih aktif,” nasihat seorang peminatnya. Jaga diri Zara. Bagus awak buat laporan polis. Pastikan berteman kalau pergi ke mana-mana,” ujar seorang netizen. Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.