Tular Penduduk pangsapuri bina tempat parkir siap garaj berkunci

Seorang penduduk pangsapuri dikecam gara-gara membina sebuah tempat parkir kenderaan lengkap berbumbung dan berkunci. Menurut seorang pengadu yang turut berkongsi gambar tempat parkir tersebut mendakwa aduan telah pun dibuat, namun belum ada sebarang tindakan susulan diambil pihak berkuasa.

Dah berbuih mulut buat aduan, tak ada apa tindakan dibuat, tak tahu la nak kata, kroni-kroni sendiri la kalau macam ini,” dakwanya menerusi satu hantaran di Facebook. Difahamkan lokasi adalah di Pangsapuri Seri Indah, Selangor.

Pengadu juga sempat memerli si pemilik dengan mengatakan kenderaan yang diparkir tidak lagi terkena panas. Alhamdulillah dah siap, kereta tak panas dah. Pangsapuri Seri Indah sahaja,” perlinya. Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengakui sebahagian besar penduduk pangsapuri dan flat sering bertindak mengikut kepentingan diri sendiri.

Pentingkan diri orang macam ini, sudah la parkir awam, kau sibuk naik pagar sampai macam ini, berapa ribu kau bayar pihak berkuasa tempatan (PBT)?,” soal Alias. Orang yang duduk banglo pun parkir kereta bawah matahari. Ini B49 level maulana,” kata Azrul. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.