Fad Anuar ingin mengorak langkah lebih jauh dalam dunia perfileman katanya

WAJAHNYA mula meraih perhatian menerusi beberapa karya drama tempatan, namun namanya mungkin belum cukup sinonim dengan bidang lakonan tanah air. Kini, Fad Anuar memilih untuk mengembangkan sayap kerjayanya dan hadir menerusi filem terbaharu berjudul Walid arahan Areel Abu Bakar dan memegang watak sebagai Yakpat.

Watak saya dalam filem Walid ini sebagai Yakpat, seorang lelaki berketurunan Siam yang dibesarkan di sekitar kawasan sempadan Thailand dan Kelantan. Untuk menjayakan watak ini, saya perlu bertutur dalam dialek Kelantan dan Thai.

Paling mencabar adalah untuk bertutur dalam bahasa Thai. Saya belajar sebutan yang betul untuk dialog yang perlu saya tuturkan dan mengikut sebutan yang diajar tenaga pengajar,” katanya. Berkongsi lebih lanjut mengenai filem keempatnya itu, pelakon berusia 34 tahun itu bercerita mengenai keunikan watak Yakpat yang dibawanya.

Yakpat adalah orang kanan kepada watak Pak Ku lakonan Namron. Yakpat ditugaskan menjaga kanak-kanak yang diculik dan watak ini tak ada perasaan langsung. Identiti Yakpat pula dia ‘senget’. Semua yang ada pada diri dan penampilannya, hanya sebelah. Subang sebelah, pewarna kuku pun sebelah tangan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mencari rujukan lain untuk menjayakan watak antagonis ini, sebaliknya mencipta karakter sendiri berdasarkan skrip dan imaginasinya. Untuk watak ini, saya tak ada sebarang rujukan. Saya ciptakan melalui skrip dan imaginasi saya. Saya masukkan juga apa yang ada dari kehidupan masa lalu Yakpat yang digambarkan melalui skrip.

Kalau babak aksi pula, boleh dikatakan seimbang. Tapi, babak bermain dengan emosi tak ada langsung,” katanya. Sering dilihat sebagai pelakon aksi, Fad yang memiliki pengetahuan dalam seni bela diri silat sejak sekolah ingin menjadi pelakon serba boleh.

Saya belajar silat sejak sekolah lagi. Sehingga sekarang pun saya masih aktif. Saya dah pernah berlakon di bawah arahan Areel sebelum ini dan dia adalah pengarah yang mahukan babak aksi, dilakonkan terus di set tanpa latihan. Impian saya adalah untuk berlakon dalam filem yang mengangkat seni bela diri silat. Impian saya juga untuk membawa budaya kita ini ke luar negara seperti yang dilakukan Iko Uwais dari Indonesia.

Kalau boleh, saya nak jadi pelakon serba boleh. Tapi, mungkin orang lebih nampak bakat dan kemampuan saya lebih kepada watak dalam naskhah aksi,” katanya. Diminta mengulas mengenai penayangan filem Walid di beberapa pawagam di Amerika Syarikat, Fad berkata, dia sangat berbangga dengan pencapaian itu.

Saya sangat berbangga apabila filem Walid ini ditayangkan di Amerika Syarikat. Saya terfikir kenapa orang luar sukakan filem kita, tetapi masih ada orang di negara kita tak hargai filem tempatan. Mungkin kita boleh melihat ‘Gelombang Korea’ (Korean Wave) yang berlaku di Korea Selatan, apabila muzik K-Pop diangkat dan mendapat sokongan semua pihak termasuk kerajaan negara itu.

Dengan sokongan hebat itu, Korea Selatan umpama mewujudkan satu industri muzik yang sangat besar dan hebat,” katanya. Menurut Fad, perlu ada pembikin filem yang berani membawa budaya negara kita ke pentas dunia.

Mungkin perlu ada penerbit dan penggiat filem yang berani untuk mengangkat budaya negara kita dan persembahkan ke dalam bentuk filem, sekali gus dibawa ke luar negara. Yang saya nampak adalah Areel kerana dia adalah pembikin filem yang berani mengambil risiko. Dia tak hanya memilih pelakon berdasarkan populariti, tetapi mengikut keupayaan naskhah,” katanya.

Menjengah usia kerjaya enam tahun, Fad melihat perjalanannya kini semakin menunjukkan perkembangan positif. Bermula sebagai kareografer dan jurulatih silat untuk artis, sekarang saya dah berlakon. Walaupun pada peringkat awal agak sukar juga mendapat tawaran lakonan. Alhamdulillah, setahun dua kebelakangan ini ia semakin menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan baiknya dengan bapa saudaranya yang juga pelakon veteran, Eman Manan, Fad bersyukur kerana mendapat nasihat daripadanya secara langsung.Eman adalah bapa saudara saya dan menjadi penasihat buat saya. Saya berjumpa dan berbincang dengannya mengenai cara pengembangan watak setiap kali saya menerima tawaran dan skrip untuk lakonan.

Selain itu, dia juga adalah orang yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada saya mengenai apa yang patut dan tidak patut dikongsikan di media sosial. Walid ditayangkan di pawagam bermula 14 September depan dan membariskan pelakon antaranya, Nam Ron, Megat Sharizal, Yusran Hashim, Qaseh Izwandy dan ramai lagi.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.