Intan Najuwa pergi Kl Fashion Week dengan suami, sekali ini pula yang warganet perasan pada suami dia

Pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa menarik perhatian ramai apabila hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bersama suami tersayang, Datuk Ahmad Asraf Azman, pada malam Rabu. Meskipun baru melangsungkan perkahwinan, tetapi Datin Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa  Abdul Wahid dilihat terbuka membawa suaminya ke majlis-majlis terbuka. Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan pelakon berusia 26 tahun ini menggayakan busana berwarna hitam yang dihiasai dengan corak berwarna putih. Manakala, Datuk Ahmad Asraf lengkap mengenakan sut berona hitam.

Pasangan pengantin baharu ini dilihat sangat romantis dengan berpegangan tangan semasa menggayakan pakaian masing-masing di hadapan kamera. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keserasian pasangan ini yang dikatakan bagai pinang dibelah dua. Bukan itu sahaja, mereka berpendapat bahawa wajah Datuk Asraf kelihatan lebih muda dari usianya. Sekadar info, Datin Intan Najuwa dan Datuk Ahmad Asraf Azman telah melangsungkan perkahwinan di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos lalu. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.