Abang Tesla teruk kena kritik, akhirnya isteri pertama bersuara mohon doa yang baik untuk mereka

Kontroversi melibatkan seorang influencer dikenali sebagai Abang Tesla yang berkahwin dua telah mengundang pelbagai tanggapan negatif warganet lebih-lebih lagi soal poligami. Ramai yang menzahirkan rasa kasihan apabila video isteri pertamanya menangis beberapa jam sebelum Abang Tesla bernikah lagi dijadikan konten dan dikongsikan di media sosial. Sedar bahawa suaminya menjadi tumpuan dan menerima kritikan daripada warganet, isteri pertama Abang Tesla dikenali sebagai Nurmajdina Jamari tampil bersuara dengan berharap suaminya tabah diatas segala ujian yang sedang dihadapinya.

“Stay strong baby. Hanya kita dan Allah Maha Mengetahui segalanya, Korang doakan yang baik baik untuk kami ya,” tulis wanita berkenaan. Dalam pada itu, menerusi hantaran terakhir Nurmajdina Jamari di aplikasi TikTok, ramai yang memberikan komen kata-kata semangat kepadanya untuk terus bersabar apabila perlu melalui kehidupan berpoligami selepas suaminya bernikah lagi satu. Ada juga yang memberi saranan supaya wanita itu tidak menuntut untuk berpisah tetapi membuat perjanjian berkenaan harta yang telah mereka usahakan bersama.

Komen tersebut telah dijawab oleh Nurmajdina dan mengatakan urusan berkenaan sudahpun mereka lakukan dan sepakati. Terdahulu, perkongsian-perkongsian influencer dikenali sebagai Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam telah mengundang perdebatan dalam kalangan warganet. Ramai yang marah dengan tindakannya lebih-lebih lagi golongan wanita apabila membuat konten berkahwin lain ketika isteri pertama menangis teresak-esak kerana bakal dimadukan beberapa jam lagi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.