Rambut dah mula gugur sejak buat rawatan kimoterapi, Chef Wan siap samakan diri macam Yul Brynner

SEJAK disahkan menghidap knsr limfoma, cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail sering berkongsi perkembangan terkininya yang sedang menjalani rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Redzuawan atau lebih mesra dengan sapaan Chef Wan memberitahu dia mula mengalami simptom keguguran rambut yang menjadi salah satu kesan sampingan rawatan berkenaan. Tidak hanya ketika mandi, Chef Wan turut memberitahu rambutnya juga gugur ketika baring.

“Rambut saya telah gugur di seluruh bantal pagi ini dan selepas saya mandi pagi. Ia berguguran seperti musim sejuk menghampiri musim luruh. Sama macam bila dengar lirik lagu Autumn Leaves. Tak lama lagi saya mesti ucapkan selamat tinggal kepada semua rambut indah saya yang telah diberkati untuk saya… Saya terlihat seperti Yul Brynner yang lebih senior dalam filem Anna and The King,” katanya. Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Selasa.

Malah dia turut berkongsi gumpalan rambutnya yang telah gugur. Meskipun diuji dengan masalah kesihatan, Chef Wan memberitahu dia kekal positif dan percaya rambutnya akan tumbuh semula apabila rawatannya berakhir. “Inilah kehidupan yang harus diingati bahawa kita tidak akan kekal hidup selama-lamanya, tapi seseorang juga mesti sentiasa ada harapan. Patah tumbuh hilang berganti… Mereka sebelum saya telah hilang mahkota (rambut) tapi apabila rawatan berakhir mereka akan memperolehi semula dalam masa yang singkat.

“Tapi siapa tahu giliran awak pula menjadi Mr Kojak,” luahnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti mendoakan agar Chef Wan segera sembuh dan sentiasa kekal positif. Mereka juga tinggalkan pelbagai kata-kata semangat buat dirinya. “Saya pernah cakap sebelum ini, botak itu seksi. Saya gembira lihat Chef Wan sentiasa positif. Kekuatan yang luar biasa! Semoga Chef Wan cepat sembuh. Chef Wan sentiasa buat orang lain gembira, dapatkan rehat yang cukup okay,” antara komen warganet. Pada awal Ogos lalu, Chef Wan memaklumkan dirinya disahkan menghidap knsr limfoma selepas melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.