Shila Amzah mendesak suaminya Ubai untuk terus mengembangkan sayap dalam dunia seni.

 Penyanyi Shila Amzah mahu menjadi penyokong nombor satu karier suaminya yang juga pensohor media sosial, Ubai supaya terus melebarkan lagi langkah dalam arena seni. Perkara tersebut diluahkan pemilik nama asal Nurshahila Amir Amzah itu yang mengakui akan terus menyokong apa jua aktiviti suaminya untuk lebih berjaya.

Pada masa sama, Ubai turut memaklumkan, tidak menghalang kerjaya isteri sebagai penyanyi walaupun harus menjelajah ke luar negara. Memikirkan kerjaya peribadi, Ubai atau nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 25, akui banyak perlu dipelajari untuk bergerak ke hadapan dalam kerjayanya.

Dia juga tidak pernah menghalang kerjaya saya. Terpulanglah, apa yang dia mahu lakukan, asalkan dia gembira.

Semalam, tepat pukul 10.27 pagi, Shila selamat bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz di Boathouse Ampang. Sebelum ini, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu yang berlangsung secara tertutup.

Shila yang juga bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.