Shuib kongsi video kenangan anaknya, Ayash Affan bersama Raja Permaisuri Agong di Instagram

Hari ini 6 Ogos 2023 genap Ayash Affan dua tahun. Semoga terus sihat menjadi anak soleh dunia dan akhirat. Demikian ucapan pelawak dan penyampai radio, Shuib buat anak bongsunya, Ayash Affan yang menyambut ulang tahun kelahiran kedua, hari ini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkongsi ucapan tersebut menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini. Ayash Affan merupakan permata keempat yang dilahirkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin sebelum meninggal dunia pada 9 Ogos 2021, akibat jangkitan Covid-19.

Anak you (Siti Sarah) dah dua tahun sayang, bertemu nanti di syurga,” katanya. Dalam hantaran sama, Shuib turut mendedikasikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63, semalam 5 Ogos 2023.

“Semoga Allah beri kesihatan yang baik, terus diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Terus menjadi kesayangan rakyat Malaysia sampai bila-bila,” tulisnya sambil berkongsi video kenangan Baginda Tuanku yang sedang meriba Ayash Affan. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.