Nora Danish, titip ucapan tahniah buat bekas suaminya, Jejai yang dapat gelaran Datuk

Pelakon popular Nora Danish, 41, menitipkan ucapan tahniah buat bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64.

Berita itu dikongsi bekas ibu mentuanya, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya.  Menerusi ruangan kapsyen di IG Puan Sri Raja Noora itu, pelakon jelita itu turut berkongsi kegembiraan dengan keluarga bekas mentuanya itu.

“Tahniah Toh Muda Datuk Rizal,” tulisnya. Bekas suami Nora, Rizal turut membalas ucapan terima kasih kepada pelakon itu di ruangan kapsyen IG ibunya itu. Turut mengucapkan tahniah buat Jejai adalah ibu Nora yang juga bekas ibu mentua Jejai.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai,”tulisnya. Terdahulu, Rizal menerima darjah kebesaran itu sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-64, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, di sini, 4 Ogos lalu. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat berkenaan.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 14 tahun.  Bagaimanapun, Nora bercerai dengan Jejai pada 10 Julai 2008.

Nora kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, lima tahun.

Selain Nora Danish, Jejai juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Fasha Sandha pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemima. Bagaimanapun mereka bercerai pada 20 Januari 2016. Fasha juga sudah berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.