Jais akan bantu selesaikan proses bedah siasat, lebih dari 200 cebisan tubuh ditemui

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mempermudahkan segala proses pengurusan jenazah 10 mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam sebaik urusan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selesai. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussein berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan berhubung urusan berkenaan hari ini. Menurutnya, JAIS akan menguruskan apabila selesai proses bdh siasat, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sudah diketahui padanannya.

“Seperti saya cakap sebelum ini, 22 sampel DNA sudah diambil (daripada waris). Bagaimanapun (proses) mengambil ‘human remains’ ini… ada badan, ada kepala, ada cebisan. “Mengikut Jabatan Forensik, 200 lebih cebisan. Ia memakan masa untuk mendapatkan, menguruskan padanan DNA dengan cebisan itu paling awal Isnin. “Jadi, JAIS akan menguruskan dan permudahkan semua urusan dari segi mandi jnzh, solat dan kenderaan jnzh sudah disediakan sejumlah 10 oleh JAIS. “Polis cuma mengiringi ke mana saja jnzh dibawa termasuk diuruskan JAIS yang mempermudahkan semua hal,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik HTAR di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, laluan konsesi Elmina yang ditutup susulan kejadian pesawat terbabit sejak semalam dibuka sejak jam 3 petang tadi. “Proses pembersihan termasuk pengumpulan cebisan myt sudah selesai sepenuhnya di lokasi kejadian. “Konsesi Elmina dibuka jam 3 petang, pembersihan selesai sepenuhnya maksudnya pihak polis, Pasukan Pengecaman Mngs Bencana (DVI), CSI dan Pihak Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) sudah selesai,” katanya.

Sumber: Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.