Kejadian pesawat terhempas di Elmina bukan kejadian pertama, rupanya tahun 1977 pernah ada kejadian di tempat yang sama

Semalam, negara dikejutkan dengan berita kejadian pesawat persendirian di Elmina. Kejadian tersebut telah meragut nyawa 10 mngs termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang. Menerusi laporan Berita Harian, kejadian seperti itu pernah berlaku suatu ketika dahulu dan ianya terjadi di tempat yang sama. Kejadian pertama membabitkan Japan Airlines Flight 715, pada 27 September 1977 yang meragut 34 nyawa. Dalam kejadian tersebut, 26 penumpang dan lapan anak kapal pergi selepas Japan Airlines Flight 715 terhempas di sebuah bukit di Estet Elmina yang ketika itu masih ladang getah.

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan 69 penumpang dan 10 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang sebelum menuju ke Singapura. Pada waktu itu juga, terdapat 29 penumpang warga negara Jepun berada dalam penerbangan tersebut. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dan mendarat di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong. Difahamkan, daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dua jam selepas penerbangan, kawalan trafik udara LTSAAS memberitahu Japan Airlines Flight 715 untuk memulakan pendaratan di landasan 15.

Pesawat itu terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki, ia terhempas ke tepi bukit, 6.44 kilometer dari lapangan terbang. Pesawat itu rosak disebabkan impak hentaman, bukan kerana kebakaran. Di samping itu, laporan penyiasatan DCA menyatakan ketika kejadian, cuaca buruk di sekitar lapangan terbang dan pesawat berada pada sistem navigasi radio julat omni-arah frekuensi yang sangat tinggi untuk pendekatan pesawat.

“Siasatan bagi menentukan punca kejadian adalah kapten menerbangkan pesawat di bawah altitud penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum tiba ke lapangan terbang. Kejadian kru penerbangan di lapangan terbang disebabkan cuaca buruk yang turut menyumbang kepada kejadian. Pegawai pertama tidak mempersoalkan kapten kerana tak patuh peraturan.

Sumber: Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.