Perdana Menteri akan selesaikan sendiri urusan, masalah utama Felda

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau sendiri akan menyelesaikan semua urusan dan masalah utama yang berlaku dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Anwar berkata, beliau hanya akan menyerahkan urusan tersebut kepada menteri lain selepas semua perkara utama itu berjaya diselesaikan.

Setakat ini sebagai Perdana Menteri, Felda adalah di bawah saya. Orang tanya pasal apa tidak bagi kepada orang lain? Sebab saya tahu masalah Felda. Saya nak selesaikan perkara pokok Felda, bila nampak boleh selesai perkara pokok itu, baru serah kepada menteri lain. Sekarang ini Felda di bawah Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda di Padang Awam Felda Teloi Timur, Jeneri di sini hari ini.

Selain itu, katanya, Felda mempunyai banyak masalah dan perlu diberikan tumpuan secara terus oleh beliau sendiri. Saya tidak mahu ambil sedikit-sedikit (untuk) selesaikan,” ujarnya. Menurutnya, pihaknya juga telah memberikan mandat kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Felda.

Saya tahu dia (Ahmad Shabery) ada keupayaan dan serius nak selesaikan masalah. Saya kata jalankanlah, kalau ada masalah beritahu saya,” jelasnya. Anwar berkata, beliau akan melakukan sedaya upaya dalam memberikan komitmen kepada pembangunan Felda.

Tetapi kerana sistem negara kita perlukan sokongan rakyat, maka saya mahu Felda dan peneroka Felda generasi pertama, kedua dan ketiga menunjukkan komitmen baik kerana saya sedaya upaya dalam masa singkat ini telah cuba sebanyak mungkin (bantu Felda).

Tambahnya, tiada sesiapapun yang boleh menafikan usaha Kerajaan Perpaduan khususnya dalam soal membantu Felda antaranya pelupusan hutang, isu talian internet, pusat dialisis, sekolah daif dan lampu jalan di kawasan Felda meskipun baru lapan bulan mentadbir.

Sudah berpuluh tahun (isu ini melanda) kerajaan (hari ini) baru lapan bulan kita dah buat (macam-macam). Bayangkan kalau kita pegang (memerintah) sehingga lima tahun, saya tak lupa jasa orang Felda,” katanya.

Anwar pada akhir Jun lalu menandatangani dokumen pelupusan hutang pene­roka Felda berjumlah RM8.3 bilion selain mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.7 juta setahun bagi menanggung kos operasi lampu jalan di kawasan Felda.

Kerajaan juga akan membina 12 Pusat Hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya yang dijangka dapat memberi manfaat dan meringankan beban hampir 2,000 pesakit di kawasan rancangan itu. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut