Toyota Landcruiser dipandu tujuh kilometer di dasar laut

Sekumpulan peminat kereta di Australia mencipta rekod dunia baharu dengan memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda sejauh 7 kilometer di dasar laut, lapor laman Oddity Central semalam.

Berpuluh-puluh orang berkumpul di Pantai Mandorah, utara Australia untuk menyaksikan sebuah Toyota Landcruiser keluaran 1978 dipandu di dalam laut pada 29 Julai lalu. Digelar sebagai ‘ketam lumpur’, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu dari Pantai Mandorah ke Pelabuhan Darwin itu berjaya mencipta rekod dunia baharu untuk kategori jarak terjauh ditempuhi sebuah kereta dipandu dalam air.

Ia dibeli secara online oleh sekumpulan rakan pada harga sekitar AUS$5,000 (RM14,989). Mereka kemudian menukarnya menjadi kenderaan elektrik berpenebat sehingga boleh dipandu dalam air.

Pasukan terdiri daripada jurutera mekanikal dan penyelam itu telah menambah baik enjin kalis airnya,  manakala semua komponen disalut menggunakan minyak silikon. Empat tayar lama kemudian digantikan dengan tayar Maxxis Trepador yang boleh bertahan dalam keadaan berpasir di dasar lautan. 

Tayar-tayar itu tidak boleh diisi dengan udara bagi mengelak penambahan daya apung, jadi ia digantikan dengan air sehingga beratnya mencecah 150 kilogram setiap satu.

Pasukan itu tidak akan memohon sijil Guinness World Records disebabkan kos yang digunakan, namun percubaan itu dianggap pemanduan paling lama pernah dicapai dengan margin yang agak besar. – Agensi.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.