Tular di media seorang doktor cantik iras Yuna ITZY

Seorang doktor di Indonesia mendapat perhatian ramai pengguna media sosial kerana dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi kumpulan K-Pop ITZY, Yuna, lapor portal berita Okezone semalam.

Berdasarkan video yang tular di laman Twitter, seorang wanita merakam gambar doktor yang sedang bertugas itu secara sembunyi. Doktor wanita itu pada awalnya memakai pelitup muka sebelum membukanya selepas seorang pesakit lelaki mengajak dia bergambar.

Ketika dia membuka pelitup muka, wajahnya jelas kelihatan, sekali gus menyebabkan dia digambarkan amat mirip dengan penyanyi rap dari Korea Selatan itu. Heboh di media sosial, seorang doktor yang amat mirip dengan Yuna ITZY. Doktor ini amat cantik sehingga ada yang mengajak dia bergambar,” demikian menurut keterangan video itu. Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen dairpada pengguna media sosial.

Saya juga mahu jadi pesakit anda, doktor,” komen seorang netizen. Kalau pesakitnya lelaki, terus sihat selepas melihat wajah doktor,” ujar pengguna lain. – AGENSI. Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.