Masih pantau diet supaya sakit tak berulang, ini pula keadaan terkini Janna Nick

PELAKON Janna Nick memaklumkan keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas mengalami masalah radang usus sebelum ini. Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, dia juga sudah kembali ke set penggambaran namun masih memantau diet agar penyakit itu tidak berulang. “Alhamdulillah masih boleh bekerja dengan pasukan yang hebat. Terima kasih atas doa semua. “Saya ingin maklumkan tentang kesihatan sekarang. Saya masih hanya jaga makan seperti perut bayi… kena ambil makanan lembut,” katanya.

Janna berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Rabu. Pelakon itu dilihat kini sedang sibuk di lokasi menjalani penggambaran drama bertajuk Surat Dari Tuhan bersama aktor Shukri Yahaya. Dalam masa sama, Janna juga sempat berkongsi nasihat buat peminat supaya mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak mengalami masalah sakit sama sepertinya. “Anda semua tolong jaga usus. Sakit usus ini lain macam rasanya. Nak berjalan laju pun saya tak mampu. “Sekarang ini saya makan semakin lambat, kena kunyah banyak kali. Ikutlah sunnah Nabi kunyah sebanyak 44 kali,” jelasnya.

Pada Ahad lalu, Janna berkongsi gambar dibenarkan pulang selepas empat hari menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya akibat radang usus. Sementara itu dalam satu temu bual, suami kepada Janna iaitu pelakon Dini Schatzmann memberitahu isterinya mengambil keputusan untuk pulang lebih awak kerana komitmen terhadap kerjaya. Janna tidak mahu menyusahkan pihak produksi yang berkemungkinan terpaksa mengguhkan penggambaran akibat sakitnya itu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.