Walaupun umur dah nak 50 tapi masih aktif, tak sangka rupanya ini rahsia awet muda dari Ajai

Sering kali ditanya tentang rahsia kekal awet muda di media sosial, komposer terkenal tanah air iaitu Ajai berkongsi mengenai rutin hariannya selama 49 tahun hidup. Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas memberitahu dia seorang yang rajin dan berdisiplin melakukan senaman. Ujar Ajai, dia akan berlari di atas mesin selama lima hari seminggu. Jelasnya lagi, sesibuk manapun jadual kerja, dia pasti akan meluangkan sedikit masa untuk melakukan senaman agar kekal sihat dan bertenaga. Klik sini untuk lihat video.

“Ramai yang tanya saya macam mana dah berumur, tahun depan nak ke-50 perut tak buncit. Badan fit lagi. Boleh pakai apa saja fesyen nak dipakai. Jawapan dia senang saja. Kena ada time untuk dia. Dia tu senaman la. Kalau nak kira sibuk, tiap-tiap hari sibuk. 5km lari atas mesin. Lima hari seminggu kena disiplin. Kalau buat lebih dari 5km dah macam kerjaya la pula.” Terdahulu, Ajai dilihat kerap berkongsi foto dan videonya ketika berada di gim. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat semangat Ajai untuk kekal sihat. Bukan itu sahaja, warganet teruja melihat otot di badan dan lengan Ajai.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.