Ramai yang ingatkan kakak, kecantikan ibu Intan Najuwa pula yang jadi perhatian warganet

Pelakon, Intan Najuwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada Jumaat. Selain perkahwinan Intan, satu lagi perkara yang menarik perhatian warganet adalah wanita yang sentiasa berada di sisi Intan sepanjang akad nikah berlangsung. Difahamkan yang berjalan membawa Intan ke atas pelamin dan duduk bersama-sama dengannya itu merupakan ibu kepada Intan. Rata-rata warganet memuji kecantikan ibu Intan selain mengatakan wanita itu juga kelihatan muda.

Untuk info, Intan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 6:45 petang Jumaat. Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, telah selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Intan mengikat tali pertunangan bersama seorang individu berstatus Datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor. Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan terputus di tengah jalan disebabkan tiada persefahaman. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.