Sekali ini pejelasan Jamal Abdillah , nafi jualan tiket perlahan menyebabkan konsert beliau ditunda

 Konsert Jamal Abdillah Live in Concert yang dijadualkan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September ini ditunda ke November depan.

Datuk Jamal Abdillah, 64, berkata, dia dimaklumkan oleh penganjur, Shiraz Projects konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh baru kerana berdepan masalah teknikal. Saya difahamkan penganjur, jadual pengarah muzik dari Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Ahmad Muriz Che Rose yang sepatutnya terbabit dengan konsert skala besar itu bertindih dengan acara lain.

Saya ada mencadangkan kepada penganjur untuk menggantikan tempat Ahmad Muriz kepada komposer terkenal, S Atan dan pasukan muziknya tetapi terpulang pada penganjur kerana saya cuma menyanyi saja,” katanya ketika ditemui di sidang media Akustika Kekasih Awal dan Akhir, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada konsert itu ditunda kerana jualan tiket perlahan, Jamal menafikannya. Saya dimaklumkan jualan tiket untuk tempat duduk paling mahal berharga RM600 juga sudah habis dijual. Kalau nak ikutkan, saya kecewa dengan penundaan konsert ini tetapi dalam mana-mana konsert pun masalah teknikal adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana semua perkara berkaitan dengan penundaan konsert ini akan dimaklumkan penganjur nanti,” katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung penundaan itu dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Shirazdeen dalam kenyataannya ketika sidang media konsert berkenaan pada 31 Julai lalu yakin penjualan tiket akan ‘ sold out’ seperti dijadualkan. Katanya, pihaknya memilih Jamal kerana percaya dengan pesona dan kredibiliti penghibur legenda itu.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.