Anak Lelaki Emma Maembong Curi Perhatian Ramai kali nie

Siapa yang tidak kenal dengan Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali dengan nama Emma Maembong seorang pelakon wanita Malaysia yang mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan. Emma Maembong mempunyai darah kacukan Melayu (ayahnya) dan Scottish (ibunya).

Emma Maembong memulakan kerjayanya pada tahun 2012 ketika menjadi pelakon sampingan. Umpama tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu, nama Emma Maembong mula dikenali ramai selepas memegang watak sampingan itu sehinggakan dia berjaya memegang watak utama pada drama berikutnya.

Mempunyai darah kacukkan menjadikan rupa paras Emma Maembong sangat cantik serta menjadi perhatian ramai terutamanya dalam industri seni tanah air.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik oleh Emma Maembong di laman media sosial instagram miliknya yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan yang meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka 64 ribu serta komen sebanyak 5 ratus.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Emma Membong yang memakai busana putih serta sedang berjalan dan berpimpin tangan bersama anak sulungnya Shariq Gabriel yang segak memakai pakaian berwarna gelap. Rata-rata netizen teruja dan memuji kehenseman Shariq itu. Kata mereka Shariq kelihatan menawan walaupun usianya baru mencecah 3 tahun.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.