Ini pula pesanan Nad Zainal kepada golongan wanita diluar sana

“Ungku Ismail seorang lelaki yang bijak dan kualiti tersebut membuatkan saya jatuh cinta padanya.”

Demikian perkongsian pelakon, Nad Zainal mengenai ciri-ciri lelaki idaman yang dimiliki suaminya, Ungku Ismail Aziz sehingga membuatkan hatinya terpaut dan mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

Kongsi Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 33, selain penyayang, kebijaksanaan Ungku juga antara sebab dia memilih aktor tersebut sebagai suami.

Dia kena serba-serbi bijak jika hendak dibandingkan dengan saya. Sukar untuk dapatkan ciri-ciri lelaki sebegitu bagi meraih hormat daripada saya.

“Ungku ada kualiti-kualiti itu dan dia adalah suami, bapa serta anak yang baik,” katanya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Dalam pada itu, bintang drama Dendam Seorang Isteri itu turut mengakui dirinya seorang wanita yang masih mengamalkan konsep suami adalah ketua keluarga dan harus dominan daripada isteri.

Katanya, lelaki yang memiliki kriteria senegitu layak dipilih sebagai suami selain mampu menjaga ibu bapa isteri dengan baik.Baginya, ciri-ciri tersebut amat penting bagi membentuk keperibadian seorang isteri menjadi insan yang lebih baik selepas berkahwin.

Masih terlalu awal nak cakap banyak sebab baru kahwin kurang setahun. Selain itu kami sekepala dan suka makan, berjalan.Nad sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu.

Kini, Nad hamil anak pertamanya dengan Ungku dan dijangka bersalin pada Oktober depan.Sebelum itu, pelakon asal Kajang, Selangor itu mengejutkan ramai apabila mengesahkan perceraiannya dengan Faliq Amiruddin pada Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan dengan Faliq, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom kini berusia dua tahun.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.