Che Ta beri nasihat kepada golongan wanita diluar sana jangan tayang suami

 Bimbang suami tersayang, Zain Saidin menjadi rebutan wanita lain, pelakon Rozita Che Wan menasihatkan para isteri agar tidak kerap berkongsi foto mahupun momen indah bersama suami dalam media sosial.

Kata pelakon asal Kedah yang mesra disapa Che Ta itu, lelaki bersatus suami orang kini lebih laris dan menggiurkan berbanding jejaka bujang atau duda.Zaman sekarang lelaki bujang dengan duda ada anak ke tiada ke memang tak laku, suami orang juga yang laris.

Takut, suami kita pula elok (kacak) jadi kita simpan. Cukup tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” kata Che Ta menerusi sebuah video dalam akaun TikTok miliknya. Susulan itu, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita memberikan respons dan komen positif tanda bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan aktres yang juga usahawan berjaya itu.

Biar muka kita saja penuh dalam media sosial, suami kita sorok dalam almari, bukan melebih-lebih tapi sekadar berhati-hati, ramai minat suami orang,” demikian komen seorang lagi pengguna TikTok.

Che Ta, 50,  dan Zain, 39, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy zulkafly pada 26 Ogos 1995 namun bercerai pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun. Kredit Kosm Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.