Muat naik video belanja pembantu rumah masa hari jadi, ramai yang puji sikap majikan macam ni

Istilah we are family dalam dunia pekerjaan di pejabat boleh dikatakan tidak boleh digunapakai lagi, tetapi antara tuan rumah dan pembantu rumah ia wajar untuk diimplementasikan. Ini kerana kerja pembantu rumah ini waktu kerjanya  tiada had dan tempat tinggal mereka adalah di ‘tempat kerja’ itu. Itu sebablah wajar sangat kalau tuan rumah anggap pembantu mereka seperti keluarga sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh Elecher Lee ini. “Kakak, you deserve it.” Klik sini untuk lihat video.

Dipendekkan cerita, hari video ini dikongsikan di akaun TikTok miliknya itu dikatakan hari ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Sumi ini. Tiada sebarang penghadang antara majikan dan pekerja, Elecher memanggil Sumi dengan gelaran ‘Kakak’,oleh itu, Elecher menghadiahkan pembantu rumahnya itu dengan taja Sumi untuk memanjakan diri seharian dengan membelikan pakaian baru, pergi salun, spa dan bermacam-macam lagi.

Apa yang menyebabkan warganet yang menonton video ini jadi sebak dan terharu adalah hampir semua aktiviti memanjakan diri itu adalah pertama kali dilakukan termasuklah pergi ke salun, sampaikan Sumi sendiri tak tahan sebak. “Saya tak pernah pakai dress sebelum ini, 38 umur saya, saya tak pernah masuk salun.” Selain itu, Elecha sekeluarga turut membawa Sumi menjamu selera di kedai makan mewah dan dilihat anak-anak Elecha begitu manja dengan Sumi.

Dalam masa sehari, video ini telah meraih sebanyak 2.2 juta dan rata-rata warganet begitu kagum dengan sikap pemurah dan baik hati majikan ini, ia juga menjadi inspirasi buat mereka jika dimurahkan rezeki untuk ada pembantu rumah kelak. Ara Johari pun puji tau sekali tau!

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.