Naluri isteri sangat kuat pasal pesawat terhempas, walaupun belum dapat info tapi isteri tetap panggil ank balik dari asrama

“APABILA saya tahu dia (Shaharul Amir Omar) dalam pesawat, anak-anak kat asrama terus dimaklumkan… walaupun (masa itu) tak tahu status,” ujar balu nahas pesawat jatuh di Elmina Selangor, Suhaila Akasha. Menurut wanita berusia 46 tahun itu, tindakannya itu didorong oleh gerak hatinya yang kuat menyatakan suaminya terlibat dalam tragedi menyayat hati itu. Lebih membuatkan dia yakin apabila dia mengetahui jenis kapal terbang serta masa dan perjalanan pesawat yang dinaiki suaminya.

“Sekarang tengok media sosial dulu, hati terdetik… instinct dah rasa walaupun tiada siapa yang beritahu dia ada dalam tu tapi apabila tengok jenis kapal terbang, dari mana dan jam berapa jadi gerak hati tu memang dah ada. “Malam tu dia ada cakap bergerak (berlepas) pukul berapa, apa aktiviti mereka, jadi saya tahu dia akan bergerak jam berapa, sampai Subang jam berapa, apabila tengok yang kat media sosial ni kita boleh agak,” luahnya sayu. Malah katanya, selepas melihat beberapa video yang tersebar di media sosial, dia terus mencari maklumat sehinggalah disahkan oleh Panglima Udara (Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob).

“Suami bekas NAVY (Tentera Laut Diraja Malaysia), jadi saya dapat maklumat daripada Panglima Udara yang dia ada dalam tu. “Cuma status underground tu belum dapat dikenal pasti tapi selepas itu, pihak syarikat Galaxy maklumkan kepada saya apabila mereka dapat pengesahan dan keadaan semua mngs,” katanya. Melihatkan keadaan video yang tersebar, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui tetap terkejut ketika dimaklumkan tentang kematian suaminya, tetapi tetap belajar untuk menerima kenyataan.

“Walaupun saya dah boleh agak situasi macam mana sebab video dah tersebar, apabila dapat berita tu kita dah kurang kejutan… belajar reda,” tambahnya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Berkongsi lanjut, Suhaila memaklumkan anak sulungnya, lelaki, berusia 19 tahun mempunyai masalah autisme manakala tiga lagi perempuan dengan yang bongsu berusia 12 tahun. Shaharul Amir merupakan salah seorang penumpang pesawat Beechcraft 390 yang terhempas di Elmina pada Khamis.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.