Tiada gambar keluarga bersama, lepas nikahkan Shila ND Lala terus balik

TINDAKAN penyanyi Datuk ND Lala tinggalkan majlis pernikahan anak perempuannya iaitu Shila Amzah menimbulkan pelbagai spekulasi. Kelibat ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, langsung tidak kelihatan selepas selesai menikahkan Shila dengan pasangannya iaitu Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli. Perkara itu turut disahkan sendiri oleh salah seorang petugas majlis yang berlangsung di Boathouse Ampang itu yang memaklumkan ND Lala sudah pulang selepas upacara pernikahan. Ketiadaan ND Lala mula disedari selepas pengacara majlis yang juga penyampai radio, Muaz meminta bapa pengantin perempuan dan lelaki naik ke pelamin untuk bergambar kenang-kenangan bersama pasangan mempelai.

Bagaimanapun, bapa Ubai ditemani oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Taman Tun Razak Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein untuk bergambar. Ibu Shila iaitu Datin Fauziah Sarman kemudiannya naik ke pentas untuk bergambar namun hanya ditemani oleh anak lelakinya iaitu Amir Syahir tanpa kehadiran ND Lala dan dua lagi anaknya iaitu Amir Syafiq dan Nur Syuhada Amzah. Majlis itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Shila.

Pada pagi Sabtu, Shila selamat bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz wang mas kahwin sebanyak RM20,000. Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat. Kemunculan ND Lala pada majlis pertunangan mereka menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melandanya sekeluarga sudah kembali pulih. Menerusi temu bual bersama sebelum ini, Shila memberi gambaran status hubungan ibu dan bapanya masih lagi sebagai sepasang suami isteri berdasarkan maklumat pada borang pernikahannya dengan Ubai yang diisi bapanya sebagai wali.

Shila memberitahu bapanya hadir ke majlis pertunangannya atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan. Bagaimanapun, Shila enggan mengulas lanjut tentang hubungan ibu dan bapanya itu, malah mengakui dirinya tidak ambil tahu urusan peribadi mereka. Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya. Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.

Untuk rekod, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. Sumber; Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.