Tak sangka, Nadia Brian impi calon suami macam ini

Pelakon Nadia Brian, 32, tetap berkeinginan berkahwin kali kedua meskipun sudah tiga tahun selesa hidup solo selepas bercerai dengan bekas suami, Muizz Nasruddin pada April 2020 lalu. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi ditemui berkata, sebagai wanita yang matang dan semakin meningkat usia, dia juga inginkan pasangan dan hidup berkeluarga.

Saya tak pernah tutup pintu hati untuk bercinta. Termasuk, berumah tangga semula walaupun pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini. Sudah tentulah, saya mahu berkahwin dan ada pasangan macam wanita lain.

Cuma, buat masa ini saya masih belum bertemu calonnya. Hati ini masih tidak dimiliki sesiapa lagi dan tidak perlu juga untuk saya terkejar-kejar mencari pasangan baharu. Kalau ada jodoh, Insya-Allah pasti ada. Saya tidak memilih dari segi rupa, tapi untuk kali ini, mencari pasangan yang boleh membimbing saya ke arah lebih baik dan kami juga menyokong antara satu sama lain dalam semua perkara.

Saya memang tidak meletakkan kriteria yang tinggi untuk jodoh kedua ini. Cukuplah sekiranya lelaki itu mampu membimbing dan mempunyai pengetahuan agama yang kukuh. Doakan saya,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Nadia, dia melihat pengetahuan agama sangat penting untuk bakal calon suami kerana benar-benar mahu dirinya dibimbing berubah ke arah yang lebih baik.

Terdahulu, Nadia dan Muizz yang juga ahli perniagaan bernikah pada 9 November 2019. Kira-kira empat bulan hidup bersama, mereka gagal pertahankan perkahwinan dibina dan berpisah. Mereka juga tidak dikurniakan anak. Ditanya juga mengenai penampilan dirinya yang semakin kurus, Nadia mengakui dia kini begitu menjaga rutin pemakanan hariannya, termasuk selalu bersenam untuk kesihatan dan stamina diri.

Sebagai seorang pelakon dan selebriti, menjaga penampilan sangat penting untuk saya. Jadi, saya sangat menjaga pemakanan dan pada masa sama, sentiasa bersenam.  Bagi mereka yang mengikuti saya di media sosial, pastinya tahu rutin harian saya. Selain, sekarang ini saya juga berpeluang membintangi drama aksi yang memerlukan saya membuat lagak ngeri sendiri,” katanya.

Nadia berkata, dia sangat teruja apabila mendapat kepercayaan berlakon drama aksi, Barista: Misi Terpaling Sulit yang menjadi antara impiannya dalam lakonan. Katanya, dia komited dengan tanggungjawab digalas. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.