Nurin Afiqah teruk kena kritik dengan warganet sebab telan 6 biji suplemen, rupanya dia makan bukan untuk cantik

Sebelum ini, nama pempengaruh media sosial, Nurin Afiqah pernah menjadi bualan ramai gara-gara menelan enam biji suplemen termasuk ‘sunblock’ setiap hari. Ketika ditemui, Nurin menafikan suplemen kesihatan itu untuk kecantikan wajah. Tegas Nurin, 27, dia disaran oleh doktor untuk mengambil pil-pil terbabit untuk kesihatan diri. Kata aktres tersebut, sekiranya dia tidak mengambil suplemen itu, berkemungkinan boleh dimasukkan ke hospital. “Saya tak salahkan mereka. Saya tahu ia menjadi bahan bualan, malah ada segelintir warganet mengkritik tindakan saya. Saya ada masalah kesihatan yang orang lain tak tahu.

Kenapa saya nak cerita benda tak elok kan? Niat saya kongsi konon hebat la dapat telan banyak. Tapi tak ada niat nak mempromosikan korang kena banyak suplemen untuk cantik. Saya makan bukan untuk cantik tetapi untuk kesihatan. Kalau saya tak makan, boleh dimasukkan ke hospital. Jangan risau kerana semua pil yang  saya ambil mendapat preskripsi dan nasihat doktor serta pakar perubatan.” Nurin berkata demikian ketika majlis pelancaran Summer To Remember yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada terkesan dengan kritikan warganet, pemilik nama Nurin Afiqah Zulkifli enggan mengambil serius serta peduli. “Saya jarang rasa sedih. Bila orang nak hentam saya banyak kali dan saya rasa perkara itu betul.. kenapa saya kena pedulikan apa orang kata? Saya tahu apa saya buat itu tak menyusahkan hidup orang, tak makan harta orang. Jadi saya still on my ground. Kalau nak cakap pasal positif, saya boleh borak tiga hari tiga malam. Tapi kalau nak cakap pasal keburukan, saya memang tidak berminat.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.