Ada yang sebarkan cerita tak betul pasal Dai Syed, tak boleh berdiam ini pula tindakan yang bakal dia ambil

Pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang telah memfitnah dirinya. Ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di Eastin Hotel, Petaling Jaya, Syed mengatakan bahawa video yang dimuat naik Nurul Atiqah di aplikasi TikTok bukan sahaja telah memfitnah dirinya malah turut mengaitkan mengenai keggran yang dialami isterinya, Hana Ismail beberapa minggu yang laluu.

“Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keggran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas. Hal ini merupakan suatu fitnah terhadap saya oleh Nurul Atiqah. Nurul Atiqah juga dapat dilihat seolah cuba mengambil kesempatan atas kesedihan yang dialami oleh saya dan isteri. Tuduhan ini merupakan satu kenyataan salah yang sengaja diada-adakan.Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera.”

Syed memaklumkan perkara tersebut ketika sidang media yang turut disertai isterinya, Hana Ismail dan peguam, Syed Amirul Syed Edros. Sementara itu, Syed menyatakan tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap seorang lagi individu yang dikenali sebagai Ainun Najwa susulan kenyataan fitnah yang dimuat naiknya di aplikasi X pada 23 November 2021. “Saya juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah diterbitkannya sebelum ini. Laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut.”

Sebelum ini, Nurul Atiqah dilihat memuat naik keratan video mengenai kes rogol yang membabitkan Da’i Syed dengan menggunakan nama @chempakasuri97 di TikTok. Wanita yang mendakwa sasaran benda tak elok kepada pendakwah itu juga turut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan kepada isterinya sebagai kifarah di atas perbuatannya sebelum ini. Terdahulu, Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan perstbhn di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan terhadap mngs sama dengan maksud untuk mencbl kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B yang memperuntukkan hukuman ditahan maksimum 20 tahun serta sebtn, jika sabit kesalahan. Bagi kes menggunakan kekerasan, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 yang membawa hukuman ditahan maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hkmn itu, jika sabit kesalahan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.