Teruk kena kritik dengan warganet sebab promosikan barang boikot, sekali ini respon dari Nadhir Nasar

Susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin disrng oleh tentera Isrl, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin. Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh wargamaya di Malaysia. Antara nama artis yang disenaraikan adalah pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar. Menerusi ciapan di X, Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar memuat naik penjelasan tentang isu berkenaan.

Menurut Nadhir, jika dia menamatkan kontrak lebih awal dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Malah ianya juga akan memberi kesan kepada banyak pihak berikutan kontrak yang sudah ditandatangani. “Tidak setanding langsung (financial penalties dengan nasib penduduk Palestine). Tetapi financial penalties itu banyak untuk dibayar oleh saya sendiri. Maaf atas kekhilafan saya. Teruskan usaha untuk melwn. Saya buat apa yang saya mampu, insyaAllah dengan izin tuhan.

Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Warganet, awak semua ada hak untuk bersuara dan impaknya sangat besar. Percayalah. Bagaimanapun, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengambil serius terhadap isu tersebut selain tetap akan berkongsi perkara-perkara positif selepas ini. Terdahulu, Nadhir dilihat antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial berhubung isu peperangan antara Palestin dengan Isrl sebagai tanda solidariti terhadap mereka.

Namun warganet meluahkan rasa kecewa kerana Nadhir antara artis yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot. Warganet juga dilihat kesal berikutan ramai selebriti tempatan didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.