Dari berlumut sampai bersih, ramai yang puji tindakan pemuda ni bersihkan tempat ambil wuduk di sebuah masjid

Sebagai seorang Muslim, lagi kita masih hidup di bumi ini, kita semestinya perlu mengejar pahala sebanyak yang mungkin untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda ini apabila dia membersihkan tempat ambil wuduk yang berlumut di sebuah masjid ini sehingga bersih. Ini kerana tempat wuduk itu dilihat agar kotor dengan lumut dan kotoran yang melekat pada lantai dan dinding tempat wuduk itu. Klik sini untuk lihat video.

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai cleaner_masjid itu berkongsikan video dia membersihkan masjid di TikTok dan Instagram sehingga mencecah tontonan hampir 50 juta views. Dalam video yang berdurasi selama 44 saat itu, pemuda tersebut telah membersihkan kawasan tempat wuduk masjid itu seorang diri dan dia juga telah menyental dinding dan lantai yang kotor sehingga bersih semula. Meninjau ke akaun TikTok pemuda ini, difahamkan dia telah beberapa kali membersihkan tempat wuduk dan tandas masjid yang lain juga.

Selain itu, dia juga membersihkan kolah tempat wuduk masjid dan bukan itu sahaja, dia turut mengecat semula dinding tempat wuduk tersebut kerana cat yang lama telah mengelupas. Rata-rata warganet memuji usaha baik pemuda ini membersihkan masjid dengan inisiatif sendiri. Meskipun lokasi masjid itu tidak didedahkan, namun pemuda ini dipercayai dari Indonesia yang membersihkan di negaranya. Memang layak dia dipuji dan boleh dijadikan contoh untuk masyarakat yang lain juga.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.