Sejak kahwin dah tak pernah balik rumah, Datuk Yusof Haslam dan isteri tiada simpan dendam pada Syamsul

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail menjawab persoalan mengenai ketidakhadiran anak kedua mereka, Syamsul Yusof ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri serta majlis ulang tahun perkahwinannya yang ke-41 yang diadakan di kediaman rasmi mereka, semalam. Ketika ditemui, Patimah memaklumkan dirinya redha dengan Syamsul yang sudah tidak pulang ke kediaman rasmi mereka sejak pengarah tersebut mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ira Kazar.

“Dia (Syamsul) lama dah tak balik, sejak dia kahwin tapi saya redha saja lah. Siapa tak sayang anak kan? Dan kami pun tak pernah buang Syamsul dari hidup kami, kami sayangkan dia. Tapi terserah pada dia. Saya sentiasa mendoakan yang baik.” Sementara itu, Yusof mengakui dia dan isteri terluka dengan tindakan yang dilakukan Syamsul namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut. Sebaliknya, dia sentiasa mendoakan agar anaknya itu berlembut hati untuk pulang ke pangkuan keluarga.

“Pada peringkat awal tak dinafikan saya dan isteri terluka dengan tindakan Syamsul tapi bila masa berlalu, kami pun dah tua, umur saya dah 70 tahun dan kami saling dekatkan diri dengan Allah. Dan ketika ini kami menikmati hari-hari bahagian dengan anak, menantu serta cucu. Kenapa kami nak beratkan fikiran pula kan? Apa yang kami boleh buat ialah, berdoa dari jauh. Dan kalau satu hari nanti Syamsul berniat nak balik kepada kami, Alhamdulillah. Tetapi kalau dia tidak balik, kami berdua redha.

Bagi saya, biarlah masa dan keadaan menentukan segalanya.

Yusof dan Patimah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis indah yang diadakan di kediaman rasmi mereka pada malam Ahad. Dalam pada itu, pengarah yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ ini memaklumkan dia dan isteri sama sekali tidak menyimpan dendam terhadap Syamsul. Menurut Yusof, dia akan sentiasa memberikan sokongan buat anaknya itu dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kerjayanya.

“Tidak ada perasaan benci dalam diri kami, jauh sekali untuk ada rasa sebegitu. Ada orang pernah kata pada saya, ‘Anak Datuk buat filem nanti jangan tak sokong pula nanti’. Saya terus jawab, ‘Awak ingat saya seorang yang begitu ke?’. Bila dia berjaya, orang akan cakap, ‘Itu anak Yusof Haslam itu’. Saya dan isteri sama sekali tak berdendam malah nak tengok dia berjaya.” Imbas kembali, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Syamsul sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun mereka disahkan berpisah pada 14 Jun 2023. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.