Tular Lisa Blackpink dan Frederic Sedang Dilamun Cinta

Lisa BLACKPINK baru-baru ini dilaporkan bercinta dengan Frederic Arnault yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jenama jam tangan mewah, TAG Heuer. Kedua-duanya juga disebut-sebut bercuti bersama. Kini, gambar yang menunjukkan Lisa dan Frederic yang berusia 28 tahun itu kembali beredar. Foto itu menunjukkan Lisa dan Frederic di PS Lax, sebuah bilik menunggu VIP di Lapangan Terbang Los Angeles, California.

Dalam foto itu, Lisa dan Federic sedang duduk bersebelahan di atas sofa. Di hadapan mereka adalah Alice, pengurus Lisa, dan seorang lelaki yang disyaki sebagai pengawal peribadi. Foto itu tiba-tiba mengejutkan peminat Lisa. Ada yang percaya foto itu adalah nyata dan Lisa terlibat dalam sebuah pekerjaan khas dengan Frederic. Namun, ada pihak yang mempersoalkan kesahihan imej ini.

Manakala PS Lax pula ialah ruang menunggu VIP yang disediakan oleh pihak lapangan terbang. Seseorang yang ingin menggunakan perkhidmatan yang dipanggil ‘Suite Persendirian’ ini mestilah berdaftar sebagai ahli. Setiap ahli perlu membayar yuran tahunan sebanyak AS$7,500 atau RM35k dan tambang AS$2,700 bersamaan RM12k untuk penerbangan domestik atau AS$3,000 bersamaan dengan RM13k untuk penerbangan antarabangsa.

Menurut laman Gosip Inilahbandung.com, Frederic ialah anak kepada salah seorang jutawan terkaya di dunia, Bernard Arnault, hartawan di sebalik jenama fesyen LVMH. Tidak diketahui dengan tepat bila Lisa BLACKPINK dan Frederic pertama kali bertemu, tetapi terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa mereka bertemu di acara fesyen.