Alia Bhatt Menjelaskan Bahawa beliau adalah Warganegara British Tapi Dilahirkan Di India

Alia Bhatt akan membuat debutnya di dalam filem Hollywood bersama pelakon terkemuka iaitu Gal Gadot, Jamie Dornan, dan lain-lain menerusi filem Heart of Stone.

Ketiga-tiga pelakon tersebut kini sibuk mempromosikan filem tersebut sebelum ditayangkan pada 11 Ogos ini di Netflix. Di dalam temubualnya baru-baru ini, Alia Bhatt menjawab soalan yang paling banyak ditanya di dalam google mengenai dirinya “Adakah Alia Bhatt seroang British?”

Kemudian Gal Gadot juga ada menanyakan perkara yang sama dan jawapan dari Alia Bhatt sangat mengejutkan ramai. Sebelum ini, ibu kepada Alia Bhatt iaitu Soni Razdan ada berkongsikan mengenai kewarganegaraannya. Katanya dia dilahirkan di United Kingdom dan dibesarkan di India.

Alia Bhatt dilahirkan dan dibesarkan di mumbai India akan tetapi dia memilih untuk menjadi warganegara British kerana ibunya memegang passport warganegara British. Alia Bhatt Juga telah berkahwin dengan pelakon Ranbir Kapoor dan dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Raha. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.