Tak sangka toyol larikan wang tunai dan telefon bimbit dengan jumlah yang macam ini

Empat individu termasuk sepasang suami isteri ditahan polis selepas dipercayai mencuri wang tunai RM200,000 dan 32 telefon bimbit milik syarikat pemprosesan makanan di Jalan Sungai Pinang, Pulau Indah di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima aduan daripada pembantu pengurus sumber manusia syarikat itu mendakwa wang tunai serta telefon bimbit diletakkan dalam pejabat hilang dicuri pada 4 Ogos lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa memasukkan wang itu ke dalam sampul surat untuk membuat bayaran gaji pekerja dan menyimpannya di dalam almari sebelum pulang ke rumah sehari sebelum kejadian.

“Pada jam 6 pagi, 4 Ogos, mangsa mendapati wang tunai itu bersama 32 unit telefon bimbit hilang dan syarikat pengadu mengalami kerugian sebanyak RM220,000.

Keempat-empat suspek yang juga pekerja di syarikat itu ditahan tiga hari selepas laporan dibuat. Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM110,680 serta 15 barang kemas berserta resit pembelian,” katanya tadi.

Katanya kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun itu direman tiga hari bagi siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut