Tular Pengemis ludah cermin kereta pemandu enggan beri wang

Seorang pengemis cuba bersikap samseng dengan meludah cermin hadapan sebuah kereta selepas pemandu enggan memberikannya wang, lapor program berita Liputan6 semalam. Aksi pengemis itu dikongsikan di laman Instagram selepas dirakam pemandu kenderaan tersebut.

Menurutnya,  dia ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat Pasir Koja, Kota Bandung pada Jumaat lalu. Seorang pengemis tiba di tepi kereta lalu meminta wang daripadanya.

Disebabkan tidak mempunyai duit kecil, si pemandu tidak memberikan wang kepadanya. Secara tiba-tiba, pengemis itu berjalan ke hadapan kereta lalu meludah cermin kenderaan sebelum dengan pantas beredar.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. Sudahlah miskin harta, akhlak juga miskin,” kata seorang pengguna media sosial. Tangkap sahaja dan ludah dia kembali. Itu pemeras ugut, bukan pengemis,” kata netizen lain. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.