Tular kontorversi bermasam muka dengan Nad Zainal, tak boleh berdiam ni pula pengakuan dari Sherry Alhadad

SEJAK kebelakangan ini timbul desas-desus mengatakan pelakon Nad Zainal bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti termasuk rakan baiknya, pengacara Sherry Alhadad. Menjelaskan perkara itu, Sherry atau Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Nad sebelum aktres itu melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Pun begitu kata Sherry, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti diperkatakan sebaliknya kesibukan masing-masing terhadap tugas membuatkan mereka tidak berkesempatan bertanya khabar.

“Saya ada menghubunginya sebelum dia berkahwin, cuma sekarang ini saya sibuk… Nad pun sama dengan berniaga lagi, jadi kami memang tak sempat nak berhubung. “Tapi dengan ibu bapanya saya masih berhubung cuma saya sendiri belum berhubung dan dia pun tiada hubungi saya. “Kami masing-masing ada tanggungjawab dan kebahagiaan masing-masing. Saya dengan tugas saya, dia pula dengan halnya,” katanya kepada mStar. Sherry berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit yang diadakan pada Khamis.

Dalam pada itu, Sherry berkata, sebagai sahabat dia gembira melihat kebahagiaan Nad yang sudah dianggap sebagai adiknya sendiri. Meskipun sudah lama tidak berhubung, Sherry memberitahu dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nad memandangkan mereka sudah berkawan sejak berusia 17 tahun. “Tentang keadaan Nad sekarang, saya gembira apabila dia pun sudah menemui kebahagiaan malah bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Saya sentiasa doakan dari jauh kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan dia. Kami kenal sejak berusia 17 tahun lagi.

“Tali silaturahim itu masih ada, kami masih berkawan dan saya sayangkan dia dan anggapnya macam adik sendiri,” katanya. Tambah Sherry, dia juga percaya tugasnya sebagai rakan baik telah dilaksanakan apabila sama-sama membantu mengumpul dana ketika aktres itu dalam keadaan kritikal di hospital penghujng tahun lalu. “Berkat doa dan usaha kawan-kawan membantu ketika dia memerlukan, buat saya bersyukur. Saya rasa tugas sebagai sahabat bukan dalam senang sahaja tapi ketika mereka diuji dengan kepayahan. “Bila rakan-rakan artis, media dan peminat membantu mengumpulkan dana, saya sangat terharu,” luahnya.

Pada November tahun lalu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Susulan keadaannya itu, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.