Rupanya Shuib pernah cakap macam ni pada Watie masa dia berada di fasa terendah dalam kehidupan

Di Instagram, Watie Hanifiah berkongsi foto momen pertama pulang ke kampung Shuib. Menurut Watie, foto tersebut diambil ketika kali pertama Shuib mengajaknya untuk balik kampung. Tambah Watie, perasaannya pada waktu itu sangat malu. “Masa ni first time dia bawa balik kampung dia. Masih malu-malu bila orang nak ambilkan gambar. Nampak saja dia senyum begitu padahal kadang-kadang tiga pagi telefon menangis teresak-esak sampai keluar hingus.

Lebih jadi tumpuan, Watie berkata suaminya itu pernah berada di fasa yang terendah dalam kehidupan dan hampir berputus asa untuk hidup. “Katanya rasa macam dah tak mahu hidup lagi. Tapi sebab anak-anak dia kena tunjuk kuat. Sejam sahaja yang dia okay. Lagi 23 jam lagi selalunya dia cuba sorok perasaan untuk nampak okay tapi kita tahu dia memang tak okay. Alhamdulillah sampai sini dah kita.” Di akhir perkongsian, Watie berharap kehadirannya dapat mengukir senyuman di wajah Shuib.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.