Ayda teruja tunggu kehadiran anggota keluarga baharu, bakal umum kelahiran kedua

Adat berumah tangga, kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih cukup diimpikan pasangan suami isteri. Apatah lagi, rezeki setiap anak itu sudah dijanjikan Allah untuk masing-masing.

Bagi pasangan pengacara Nabil Mahir, 35, dan isterinya juga pelakon, Ayda Jebat, 31, mengakui teruja menunggu kehadiran anak kedua mereka. Malah, kini usia kandungan Ayda sudah pun mencecah lima bulan. Sudah dikurniakan anak sulung perempuan, Ana Nayla yang akan meraikan hari jadi kedua tahun pada 21 September depan, Ayda berkata dia dan Nabil turut bercadang membuat pengumuman jantina bayi mereka.

Kami akan membuat pengumuman itu pada 23 September depan. Bagaimanapun, buat masa sekarang kami berdua masih tidak tahu jantina bayi sama ada lelaki atau perempuan. Sebenarnya, kami berdua inginkan kejutan juga. Sebab itu, ketika pemeriksaan ‘scan’ dengan doktor, kami minta agar keputusan jantina anak ditutupi sehingga tarikh pengumuman nanti.

Tapi ikutkan Nabil naklah timang anak lelaki pula. Tapi, apa yang paling utama bagi kami ialah bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan proses kelahiran dipermudahkan,” katanya. Menurut Ayda, pengalaman hamil kali kedua itu agak berbeza ragamnya. Kata penyanyi lagu Temberang ini, dia sangat aktif dan suka bekerja berbanding ketika mengandung Ana Nayla dulu hanya gemar berehat di rumah.

Alhamdulillah, saya pun sekarang muncul dengan drama terbaru di televisyen, Bukan Cinta Sempurna sebanyak 50 episod. Terima kasih, drama ini dapat sambutan baik penonton. Selain itu, rezeki tawaran menyanyi pun ada termasuk menjadi duta produk juga. Syukur sangat dan saya percaya semua ini adalah rezeki anak dan keluarga,” katanya masih kekal sebagai duta produk Aurawhite Beauty untuk tahun kesembilan.

Sementara itu, Nabil yang hadir menemani Ayda berkata, dia kini mempunyai hobi baharu iaitu suka makan sejak isterinya hamil. Katanya, dia suka makan apa saja makanan yang sedap. Yang hamil Ayda dan sepatutnya dialah yang lagi kuat makan. Tapi, tempias mengidam itu nampaknya terkena lebih kepada saya. Itulah yang boleh nampak saya macam ‘chubby’ sekarang.

Memang saya suka makan dan Alhamdulillah setakat ini hidangan yang sudah dinikmati semuanya sedap-sedap. Apapun, saya seronok dan tak sabar nak timang cahaya mata kedua kami,” katanya. Nabil berkata, apapun dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengannya ketika membuat pengumuman berita kehamilan Ayda pada 25 Julai lalu dalam satu acara hiburan dihadiri.

Terdahulu, pasangan Nabil dan Ayda bernikah pada 1 Januari 2021. Mereka rapat dan bercinta pada 2019 dan seterusnya bertunang secara atas talian (online) kerana penularan Covid-19 pada 28 April 2020. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.